Selamat Hari Kerja Sosial 2022 1 Pernahkah Anda

SELAMAT HARI KERJA SOSIAL 2022

1. Pernahkah anda tahu apa itu kerja sosial atau social work?

Kerja sosial ialah gerak kerja yang menggalakkan perubahan sosial, perkembangan, kesepaduan dan pemerkasaan individu dan komuniti. Amalan kerja sosial melibatkan kefahaman tentang institusi dan interaksi antara perkembangan manusia, tingkahlaku dan sosial, ekonomi dan kebudayaan.

2. Apakah tugas pekerja sosial atau social worker?

Pekerja sosial ialah profesional yang mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan menyeluruh dan membantu memenuhi keperluan asas dan kompleks sesebuah komuniti atau individu. Pekerja sosial bekerja dengan pelbagai populasi dan jenis manusia, memberi fokus kepada mereka yang mudah terdedah kepada bahaya, ditindas dan hidup dalam kemiskinan. Pekerja sosial juga boleh terlibat dalam pembentukan polisi sosial.

3. Apakah hubungan kerja sosial dan keganasan rumah tangga?

Pekerja sosial juga adalah pihak yang penting dalam membendung keganasan rumah tangga dan membantu mangsa atau pemandiri keganasan rumah tangga. Sebagai contoh, pekerja sosial di TERATAI memberikan khidmat kaunseling dan sokongan melalui program rumah perlindungan dan khidmat nasihat guaman. TERATAI juga membuat advokasi untuk program kesedaran dan perundangan untuk menangani isu keganasan rumah tangga.

Terima kasih semua pekerja sosial atas sumbangan anda kepada kesejahteraan individu, komuniti dan masyarakat.

#terataiuntukummah
#hentikankeganasanrumahtangga


About Us

  • Teratai

    𝗧𝗲𝗿𝗮𝘁𝗮𝗸 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗵 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 🌷 Memperkasa mangsa keganasan rumahtangga 🌷 Rumah perlindungan 🌷 Perkhidmatan psikologi dan guaman 🌷 Membantu untuk berdikari